Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Usul Penyahsenaraian Bernas ditolak, pembangkang terus buat kecoh

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sikap wakil rakyat pembangkang yang gemar membuang masa dengan mempertikai keputusan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hilang sabar.

Keadaan itu berlaku sebelum sesi perbahasan bermula selepas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Setar, Gooi Hsiao Leung bangun dan bertegas mahu membaca usul Penyahsenaraian Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) walaupun usul tersebut telah ditolak di dalam kamar beliau sebelum itu.

Teguran Pandikar Amin bahawa tiada usul boleh dibahaskan ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 berlangsung kecuali di peringkat dasar dan jawatankuasa tidak diendahkan sebaliknya wakil rakyat pembangkang terus berdegil mahu usul itu dibacakan.

Tindakan itu menyebabkan Pandikar Amin hilang sabar dan menyatakan keputusan telah dibuat selain menjelaskan sebab tidak membenarkan usul dibahaskan.

“Kalaupun saya benarkan di bawah 18 (1), Peraturan Mesyuarat 18 (1) tidak membuat ketetapan itu dan kemudian soal ini sudahpun dibincangkan di luar, manakala ketiganya ahli Yang Berhormat (YB), kalau saya membenarkan Ahli YB berhujah di sini pun, kerajaan sudah mendengar.

“Yang pentingnya kerajaan membuat tindakan yang sewajarnya untuk menangani perkara berikut, tidak semestinya dibincangkan di sini,” katanya.

Jelas Pandikar Amin, beliau sedar isu Bernas penting kerana melibatkan ekonomi negara namun isu lain termasuk hal berkaitan jenayah juga adalah penting untuk dibahaskan.

“Saya tahu soal beras atau Bernas penting. Saya juga difahamkan ada perjanjian antara kerajaan dengan Bernas. Ini bermakna Bernas ada tanggungjawab walaupun sudah dinyahsenarai,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah membuat keputusan menolak usul itu dan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan usul persendirian.

“Saya sudah ambil kira (tolak usul). Kalau kerajaan tidak jawab, saya tidak boleh paksa. Saya sudah timbang perkara yang harus saya ambil kira. Saya beri jaminan kalau harga beras naik mendadak selepas ini, saya akan benarkan usul ini dibawa nanti,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas