Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Taufan Haiyan: Istighfar atas musibah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

SEBUAH agensi berita Barat melaporkan, Maryan Tayag seorang mangsa Taufan Haiyan di Tacloban Filipina menceritakan: “Detik yang paling menyayat hati ialah menyaksikan ibu anda terkapai-kapai dalam bah dan anda tidak tahu apa yang dapat anda lakukan untuk menyelamatkannya.”

Taufan Haiyan yang melanda Filipina kemudian Vietnam dan China dianggarkan selaju 315 kilometer sejam. Lebih 40 daerah terjejas dan kerugian harta benda sehingga kini disebutkan mencecah AS$10 juta untuk di Filipina sahaja.

Atas rasa tanggungjawab dan semangat kejiranan Malaysia menghantar pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan. Walaupun parut onar dan angkara durja sebilangan rakyat Filipina di Lahad Datu masih berbisa, namun ia dilupakan buat seketika atas nama kemanusiaan. Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa inilah roh dan intipati ajaran Islam yang diturunkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Nikmat atau musibah keduanya adalah kebaikan di sisi orang beriman. Ujian atau musibah yang dihadapi dengan sabar dan reda itu menjadi pengampunan atas dosa-dosa dan mengangkat darjat seseorang di sisi Allah SWT. Dan tidaklah sesuatu musibah dan bencana itu berlaku dan menimpa umat manusia melainkan ia adalah akibat daripada tangan-tangan manusia itu sendiri.

Kisah bencana dan kemusnahan besar-besaran dirakamkan dalam banyak ayat di dalam al-Quran. Antaranya termasuk kehancuran Firaun yang angkuh beserta tenteranya yang ramai di dalam Laut Merah. Begitu juga kaum ‘Aad yang gagah perkasa lagi rajin, namun takbur menentang Allah dan Nabi Hud, lalu mereka semuanya Allah hancurkan dalam ribut yang amat dahsyat. Juga kaum lain seperti kaum Thamud di zaman Nabi Solleh, Kaum Nabi Syuaib di kota Madyan dan beberapa umat lain lagi. Selepas menyebutkan kaum-kaum yang musnah ini Allah menyatakan hikmah dan tujuan ia diceritakan semula kepada umat akhir zaman. Firman Allah maksudnya, “Agar kami jadikan peristiwa itu peringatan bagi kamu dan agar diperhatikan oleh telinga yang mau mendengar.” (Surah Al-Haqqah: 12)

Taufan Haiyan dilaporkan adalah yang terburuk di dunia yang pernah dicatatkan oleh teknologi satelit moden. Namun lama sebelum itu sudah tentu lebih banyak taufan dan bencana yang berlaku namun luput dari catatan dan rakaman teknologi mutakhir.

Al-Quran sendiri merakamkan sekurang-kurangnya dua fenomena taufan yang pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan umat manusia. Satu darinya adalah pada zaman kekejaman Firaun dan tenteranya. Firman Allah maksudnya: “Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.” (Surah al-Araf: 133)

Betapa besarnya bencana yang melanda sehingga ahli tafsir dan sejarah Islam meriwayatkan tatkala mereka dilanda taufan katak, jumlah katak menjadi sangat banyak di negaranya. Sehingga tatkala mereka membuka mulut sahaja, nescaya akan ada katak yang melompat masuk ke dalam mulut mereka. Lantaran banyaknya kata yang berkeliaran.

Awal lagi sebelum zaman Firaun, dunia pertama kali menerima bencana taufan yang paling besar direkodkan dalam peradaban manusia. Tidak ada taufan dan bah yang lebih membawa kerosakan pada seluruh kaum manusia daripada taufan yang pertama kali berlaku itu. Itulah taufan dan bah besar yang melanda ketika zaman Nabi Nuh AS. Firman Allah maksudnya, “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka 1,000 tahun kurang 50 tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar (taufan) , dan mereka adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ankabut: 14)

Imam Ibnu Kathir memperincikan peristiwa besar ini di dalam Kitab Bidayah wan Nihayah, “Hari dan azab yang dijanjikan pun tiba. Pada hari yang mengerikan itu, bumi seakan-akan memuntahkan apa yang ada di dalamnya, angin taufan dan banjir besar yang dahsyat, bencana besar kepada kaum yang kafir dan azab yang mereka nanti-nantikan… Sekelompok ahli tafsir berkata, air pasang ke atas permukaan bumi hingga mencapai gunung-gunung, 15 hasta dan itu merupakan pendapat ahli kitab (HR Ibnu Jarir (At-Tafsir 2954); Abdurrazzaq (no. 3306); dan disebutkan As-Suyuthi (Ad-Duur Al-Mantsur 6407)). Ada yang mengatakan hingga 80 hasta (HR Ibnu Abu Hatim (At-Tafsir no. 1594)), hingga semua isi bumi terselimuti air tersebut dan tidak ada makhluk hidup yang tersisa baik yang kecil maupun yang besar.

Besar dan dahsyatnya kemusnahan yang melanda manusia ketika itu sehingga sumber Israiliyat membahagikan fasa usia peradaban manusia di dunia kepada dua; fasa sebelum banjir besar (dikenal sebagai antediluvian) dan selepasnya. Penduduk bumi ketika itu sudah mencapai tahap kemajuan dan ketamadunan yang tinggi.

Dianggarkan oleh beberapa pengkaji Barat populasi manusia sebelum peristiwa banjir besar sejumlah 500 juta orang (William Whiston: A New Theory of Earth). Dan akhirnya semua umat manusia itu dilenyapkan. Ahli tafsir menyatakan jumlah paling ramai yang beriman dan naik ke atas bahtera besar dan sofistikated Nabi Nuh ialah sebanyak 80 orang sahaja. Selebihnya semua itu mati dalam taufan dan bah besar itu.

SOLUSI MENGHADAPI BENCANA

Islam agama yang sempurna dan Allah Tuhan Yang Esa itu bersifat dengan sifat Maha Adil dan Maha Penyayang. Sama sekali Allah tidak akan pernah mengazab hambanya sebelum diutusnya para rasul untuk mengajak kepada kebenaran. Dan Allah berjanji untuk tidak mengazab mereka yang sering memohon ampun kepadanya. Firman Allah maksudnya, “Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal: 33)

Allah mengutus Hud, Soleh, Syuaib dan semua Nabi yang lain kepada kaum mereka tatkala mereka berbuat ingkar dan maksiat. Dan maksiat dan kemungkaran yang paling besar di sisi Allah ialah apabila manusia berbuat syirik yakni mengangkat sesuatu yang lain menandingi kuasa Allah SWT. Demikian juga kaum Nuh yang dilanda taufan besar. Ini dirakamkan dalam firman yang bermaksud, “”maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” (Surah Nuh: 10)

Kepada penduduk Tacluban dan wilayah lain yang terjejas, kisah-kisah ini bukanlah asing kepada mereka yang membaca kitab suci mereka. Lebih 90 peratus warga Filipina adalah beragama Kristian Katolik dan kurang dari 5% sahaja dari mereka Muslim dan kebanyakannya di wilayah selatan.

Maka tiada perkataan yang lebih baik buat merawat kedukaan melainkan kita mengajak mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan seluruh rasul-NYA dari Adam sehingga Isa bin Maryam AS agar memohon ampun kepada Allah. SWT.

Hanya dengan istighfar dan memohon ampun dari Allah yang akan menyelamatkan umat manusia dari ditimpa azab yang berat baik di dunia dan di akhirat. Jika tidak babak menyayat hati seperti yang dialami Maryan Tayag akan terus berulang dari zaman ke zaman sebagaimana yang pernah dilalui oleh Nabi Nuh AS ketika menyaksikan anaknya yang kufur itu tenggelam dalam gelombang dan taufan, “Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (Surah Huud: 43)

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas