Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog RM495 juta dijana hasil daripada dua dana MTDC

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sebanyak RM495 juta telah dijana sehingga akhir 2012 hasil daripada projek-projek pengkomersialan teknologi yang dijalankan di bawah dua dana yang disediakan oleh Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC).

Dua dana tersebut adalah Dana Pengambilalihan Teknologi (TAF) dan Dana Pembangunan dan Pengkomersialan Penyelidikan (CRDF).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, dua dana bernilai RM234 juta telah diperuntukkan dalam tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia ke-sembilan (RMK9).

Katanya, sebanyak 136 buah syarikat termasuk syarikat berkaitan universiti terlibat dalam projek-projek tersebut.

“Sebanyak 6,042 peluang pekerjaan telah diwujudkan menerusi projek-projek yang dijalankan menerusi penyaluran dana TAF dan CRDF,” katanya.

Persidangan tersebut berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang sepatutnya dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir tidak dapat hadir kerana masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi MTDC, Datuk Siti Hadzar Mohd. Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Presiden Persatuan Pengurus-Pengurus Teknologi Universiti (AUTM), Sean P. Flanigan dan Pengarah Persatuan Inkubator Perniagaan Kebangsaaan Program-Program Antarabangsa (NBIA), Thomas Strodbeck.

Tambah Norhalim, pihaknya mahu mewujudkan kesedaran keusahawanan di kalangan para peserta persidangan dan pemain-pemain industri yang lain.

Katanya, hal ini kerana penyelidikan yang dihasilkan di negara ini setanding dengan penyelidikan dari negara-negara lain.

Bercakap mengenai persidangan tahunan itu, Norhalim berkata, MTDC telah menganjurkan buat kali kedua dengan menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta.

Katanya, matlamat penganjuran persidangan itu adalah untuk meningkatkan kefahaman komersial di dalam ekosistem perniagaan di negara ini.

“Perlu peranan daripada usahawan-usahawan untuk meningkatkan pengkomersialan teknologi masing-masing, bukan sahaja hanya di peringkat universiti,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 1 komen... teruskan membaca atau tambah komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas