Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pemilihan Timbalan Presiden panas

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

Mohd. Amar, Mohamad Sabu
SHAH ALAM 22 Nov. – Siapakah yang akan menjadi Timbalan Presiden Pas dan siapa pula yang bakal mengisi tiga kerusi Naib Presiden parti itu?

Persoalan tersebut akan terjawab esok apabila hari ini seramai 1,129 perwakilan Muktamar Tahunan Pas Ke-59 membuang undi.

Bagaimanapun pengundian hanya melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden sahaja kerana pengundian untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dibatalkan ekoran masalah teknikal pada kertas undi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi yang menyatakan pengundian untuk jawatan tersebut akan diadakan esok.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan satu lawan satu dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Malah kehangatan pertembungan antara Mohd. Amar dan Mohamad turut dirasai pengamal media apabila bertebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta perwakilan sama ada mahu melihat Pas diterajui golongan ulama atau kem Anwarinas.

Begitupun, Mat Sabu tetap tenang sepanjang tempoh pengundian malah sempat beramah mesra dengan pengamal media yang membuat liputan muktamar di Stadium Malawati.

Tidak kurang menarik perhatian ialah persoalan sama ada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar mampu mengekal jawatan masing-masing atau tidak selepas menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Ini berikutan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menduduki salah satu daripada jawatan Naib Presiden.

Seorang lagi calon yang dikatakan mewakili golongan ulama ialah Datuk Abu Bakar Chik.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas