SEDEKAH dan kehidupan Islam adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan sehinggakan Nabi Muhammad memberikan tunjuk ajar yang jelas dan meninggalkan pelbagai pesanan berkenaan amalan sedekah. Contohnya secara terangan atau bersembunyi.
Begitu pun, orang menganggap amalan sedekah itu hanya untuk orang kaya dan berkemampuan. Sedangkan realitinya semua orang perlu bersedekah dalam apa jua keadaan. Umat Islam sentiasa dianjurkan bersedekah walaupun kepada diri sendiri.
Apakah dimaksudkan bersedekah kepada diri sendiri? Takrifan itu membawa maksud menjaga tingkah lakunya, iaitu tidak melakukan perkara negatif kepada dirinya sendiri dan masyarakat. Demikian pandangan mengikut Islam dan bukannya melihat sesuatu amalan berasaskan ukuran dan kedudukan prioriti.
Menerusi buku terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. bertajuk Nikmatnya Bersedekah tulisan Muhammad Hasan al-Basri, pembaca akan menemui banyak perumpamaan yang diberikan oleh Allah SWT dalam al-Quran berkaitan sedekah di setiap halaman .
Malah pembaca akan menemui maksud, keutamaan, keistimewaan, falsafah dan kisah-kisah berkenaan sedekah yang dikemukakan penulis dalam buku setebal 83 muka surat itu. Yang menariknya mengenai karya ini adalah kisah-kisah ahli sedekah seperti, tiga lelaki bani Israil, tukang kasut dan hidangan untuk tetamu Rabiah al-Adawiyah.
Penerangan yang padat dan mudah ini sesuai dimiliki oleh setiap anggota masyarakat dalam mendepani dan menyelami erti dan nikmat amalan sedekah kepada mereka. Berharga RM8 (Semenanjung Malaysia) dan RM9 (Sabah/Sarawak), anda boleh dapatkan buku di pasaran berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi PTS Milennia Sdn. Bhd. menerusi talian 03-6188 0316 untuk maklumat lanjut.
I definitely love this site.
BalasPadamhttps://prokr2020.skyrock.com/
http://prokr2020.jigsy.com/blog
https://www.goodnightjournal.com/author/prokr2020/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/