Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Khalid terkedu disindir Pandikar Amin

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia jarang mencelah semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat tetapi hari ini, beliau bertindak menyindir Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dengan satu sindiran cukup tajam.

Tindakan spontan Pandikar Amin itu menyebabkan Khalid yang sebelumnya cukup lantang melemparkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan dan Kementerian Kerja Raya dengan nada suara tinggi dalam isu lebuh raya dan tol, menjadi terkedu.

“Saya tertunggu-tunggu suatu hari nanti Shah Alam jadi Menteri Kerja Raya. Saya mahu dengar ketika itu apabila diasak, bagaimana Shah Alam mahu menjawab,” kata Pandikar Amin penuh sinikal menyebabkan Khalid hanya mampu ketawa kecil.

Terdahulu, Khalid mempersoal mengapa kerajaan tidak mampu menghapuskan tol yang didakwanya membebankan rakyat serta menegaskan Pas pernah tidak bersetuju dengan pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) suatu ketika dahulu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataan balasnya terhadap Khalid semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa berkata, kerajaan terikat dengan perjanjian dan tol diperlukan untuk menampung kos penyelenggaraan.

Dalam masa sama, beliau mempersoal tindakan Khalid yang tidak menyelar cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengenakan tol terhadap projek laluan terowong bawah laut di negeri tersebut.

“Bercakap soal penghapusan tol ini tidak perlu pergi jauh. Sebuah negeri pulau yang mahu membuat terowong bawah laut pun mahu kenakan tol, mengapa tidak persoal?” katanya.

Selain itu, beliau turut menyelar sikap pemimpin pembangkang yang tidak mahu mengakui peranan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menambah baik pelbagai infrastruktur termasuk pembinaan jalan raya berturap di seluruh negara.

“Begitu banyak jalan yang kerajaan bina tapi tidak berterima kasih. Pembangkang ini hanya pandai kutuk jika ada satu lubang di sepanjang jalan tersebut. Kita sepatutnya kena praktikal dan realistik dalam hal ini,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas