Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kerajaan komited tunai aku janji

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited menunaikan aku janji untuk membina lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat negara ini khususnya bumiputera.

Jelas beliau, berdasarkan perangkaan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara 2012, transaksi rumah kediaman bumiputera hanya melibatkan 36.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, penubuhan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berhasrat memperkukuhkan pemilikan aset bumiputera menerusi Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Di samping itu, Perdana Menteri juga telah membentangkan Bajet 2014 yang mana kerajaan komited menunaikan akujanji untuk membina lebih banyak perumahan mampu milik kepada rakyat.

“Dalam Bajet 2014 ini, sebanyak 223,000 unit rumah akan dibina dan daripada itu, sebanyak 90,000 unit rumah akan dibina oleh swasta,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 syarikat pembangunan hartanah, Glomac Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Meraikan para tetamu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac, Datuk FD Iskandar FD Mansor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri FD Mansor Fateh Din.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas