Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kalimah Allah: SKMM digesa segera siasat Ezra Zaid

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 6 November 2013

Ezra Zaid
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Pihak berkuasa terutama polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didesak bertindak terhadap seorang penyampai radio yang memperlekehkan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.

Ezra Zaid yang juga anak kepada pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim didakwa menerbitkan sebuah video memperlekehkan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kecenderungan Ezra bertindak sedemikian dikhuatiri akan mewujudkan lebih banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Perkara ini membuktikan bahawa gerakan neo-sosialisme dalam masyarakat di negara ini semakin menular. Kecenderungan fahaman anti-establishment ini dilihat seperti sebuah trend baharu dan perlu ditentang habis-habisan.

“Neo-sosialisme ini bahaya sebenarnya sebab fahaman ini mempromosikan budaya tidak mementingkan soal agama dan sensitiviti masyarakat. Golongan ini gemar mempermainkan agama kerana ternyata mereka naif,”.

Klip video dalam bentuk komedi bertajuk That Effing Show #95: Allah, Apa Lagi? berdurasi kira-kira enam minit itu memaparkan empat individu membincangkan mengenai keputusan penggunaan kalimah Allah oleh pihak mahkmah.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya sebelum ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, pemimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Ezra perlu pandai membezakan antara bercakap berhubung agama dan mempromosikan produk terbaharu syarikat komunikasi.

Tegas Zamil, individu terbabit boleh berlakon dalam iklan syarikat telekomunikasi di televisyen tetapi jangan menyentuh sebarang perkara melibatkan sensitiviti agama Islam.

“Apa yang kami kesal, Ezra ini dibawa Zaid ke Jawatankuasa Pusat KITA sebelum ini. Kita perlu membebaskan fahaman liberal dalam parti dan minda masyarakat di negara ini,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas