Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Isytiharkan UiTM sebagai Universiti Diraja

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 8 November 2013

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadangkan diisytihar sebagai Universiti Diraja UiTM sejajar dengan komitmen kerajaan memperkasa bumiputera dalam bidang pendidikan.

Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) ketika melontarkan cadangan itu berkata, status Universiti Diraja tersebut dapat menghentikan campur tangan pihak tertentu yang cuba menggugat kewujudan UiTM.

Beliau juga yakin perisytiharan sebagai Universiti Diraja itu akan menjamin UiTM terus kekal sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan khusus untuk mendidik anak-anak bumiputera.

Selain itu, Irmohizam turut mencadangkan kerajaan mewujudkan Tabung Pendidikan Bumiputera Negara (TPBN) bagi membiayai pengajian khas anak-anak bumiputera melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung ini boleh diletakkan di bawah pengurusan dana di Jabatan Perdana Menteri dan dikhaskan untuk bumiputera yang kurang berkemampuan yang mana ibu bapa mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh pelaksanaan program Baucar Buku 1Malaysia khususnya menerusi Bajet 2014.

Katanya, peruntukan sebanyak RM235 juta menerusi program itu mampu memberi manfaat kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang berjumlah kira-kira 1.3 juta orang.

“Dengan baucar tersebut para pelajar dapat menggunakannya untuk membeli buku-buku pilihan mereka sekali gus mampu menambahkan lagi ilmu pengetahuan,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas