Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Harta intelek perlu dilindungi

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Rabu, 13 November 2013

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Harta intelek daripada usahawan diharap lebih terlindung dengan inisiatif kerajaan yang menitikberatkan pendaftaran dan paten harta intelek melalui Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Pengarah kepada firma pengurusan harta intelek, ADASTRA IP (M) Sdn. Bhd., Mohan K berkata, melalui inisiatif itu, kerajaan kini memberi dana untuk melindungi idea supaya usahawan dapat mengkomersialkan idea mereka.

Katanya, perkara tersebut adalah suatu yang positif dan akan menarik banyak minat dalam kalangan usahawan-usahawan muda.

“Tapi masalahnya di sini adalah bagaimana akan dilaksanakan kerana kerajaan selalu mempunyai polisi yang baik tetapi cara pelaksanaan akan menjadi isu.

“Walau bagaimanapun, saya berharap kerajaan dapat melaksanakan perkara ini dengan baik kerana tujuannya bagus iaitu bagi mewujudkan usahawan yang kreatif serta melindungi harta intelek,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2014 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kerajaan akan menjadikan MaGiC sebagai pusat sehenti keusahawanan.

MaGiC akan memantau prestasi usahawan, mempunyai pangkalan data bersepadu, menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan, kaunseling serta latihan.

Sementara itu, Mohan berkata, pendaftaran paten, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian penting bagi mengelak daripada idea dan teknologi seseorang itu diciplak.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu pergi berjumpa dengan mana-mana pihak untuk membangunkan teknologi yang mereka ada, terdapat kebarangkalian idea itu akan ditiru dan pencipta teknologi itu akan kehilangan teknologinya.

“Bagi mengelakkan daripada idea ditiru, mereka perlu mendaftarkan paten bagi teknologi terbabit,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, usaha kerajaan untuk membantu usahawan amat bertepatan pada masa kini kerana banyak golongan muda gemar mengusahakan perniagaan sendiri termasuk membangunkan aplikasi telefon dan sebagainya yang perlu dilindungi.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas