Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Tipu identiti miliki hartanah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

CHINA sememangnya dikenali dengan pelbagai kisah pelik dan jelik. Daripada orang kebiasaan sehingga kepada pihak atasan, masing-masing ada sahaja cerita yang kadang kala agak menghairankan atau melucukan, selain mengundang seribu persoalan.

Ini termasuk mereka yang dihadapkan ke mahkamah akibat tabiat berbelanja tahap melampau. Seorang daripadanya ialah Yang Dacai atau ‘Abang Jam’ (Brother Watch) iaitu seorang kakitangan awam peringkat pertengahan yang menjadi terkenal kerana memiliki koleksi jam mewah. Kira-kira dua bulan lalu, dia telah disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah.

Sementara seorang pegawai kanan sebuah majlis perbandaran di Wilayah Guangdong, Cai Bin yang digelar sebagai ‘Uncle House’ turut didakwa di mahkamah kerana menggunakan kad identiti (ID) palsu untuk membeli sebanyak 21 buah kediaman.

Jejak ‘kegilaan melampau’ mereka itu turut diikuti oleh seorang wanita yang digelar ‘Sister House’ yang juga merupakan bekas timbalan ketua sebuah bank di negara yang begitu pesat membangun.

Gong Ai‘Ai yang berusia 49 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Jingbian di Yulin, wilayah Shaanxi kerana dituduh memalsukan identitinya untuk membeli berdozen-dozen hartanah.

Pada September lalu, bekas timbalan ketua Shenmu Rural Commercial Bank itu dihukum penjara tiga tahun kerana memalsukan dan memperdagangkan dokumen-dokumen rasmi.

Perbuatan wanita yang belum berkahwin itu terbongkar pada awal tahun ini ekoran pendedahan yang dibuat melalui internet.

Kerakusan Ai‘Ai untuk memperoleh hartanah sebegitu banyak sekali gus mengundang rasa marah dan kecaman masyarakat pertengahan dan miskin ekoran pasaran hartanah yang melambung tinggi di negara tersebut.

Berdasarkan laporan mikroblog Sina Weibo, mahkamah menyatakan, Ai‘Ai secara sedar telah memberi maklumat palsu untuk mendapatkan dua identiti dirinya di Shaanxi dan satu lagi di Beijing.

Kes terhadap Ai‘Ai menarik perhatian seluruh negara itu setelah pihak polis menunjukkan bukti bahawa wanita itu memiliki 41 hartanah termasuk 26 buah kedai, tujuh pejabat, tujuh rumah flat dan sebuah vila di Beijing dengan jumlah keseluruhan nilai hartanah tersebut mencecah 395 juta yuan (RM206.8 juta).

Kesemua hartanah itu dimiliki dengan menggunakan empat identiti berlainan. Ai‘Ai didakwa menyerahkan ID yang diperoleh secara haram dan hukou, iaitu permit residen yang diperlukan ketika membeli sesebuah kediaman.

Semasa perbicaraan, Ai‘Ai menafikan pertuduhan yang dihadapinya, dengan mendakwa dia tidak tahu tindakannya memiliki lebih daripada satu ID tidak dibenarkan.

Ai‘Ai mendakwa bahawa duit yang digunakan untuk pembelian tersebut datang daripada wang gajinya sebagai timbalan ketua bank dan penglibatannya dalam perniagaan arang batu.

Selain wanita itu, empat anggota polis menerima hukuman yang lebih ringan atas kesalahan membantu Ai‘Ai memalsukan identitinya dengan seorang daripadanya telah dikecualikan daripada hukuman jenayah.

Sementara itu, para penyiasat memberitahu agensi berita, Xinhua bahawa mereka tidak menemui perbuatan Ai‘Ai menyalahi undang-undang selepas menyiasat sumber bagi membiayai pembelian hartanah tersebut.

Biarpun hukuman telah dijatuhkan, orang ramai masih tidak berpuas hati dengan hukuman penjara yang dianggap terlalu singkat, selain mahkamah gagal membongkar bagaimana Ai‘Ai mendapatkan wang untuk membeli sebegitu banyak hartanah.

Seorang mikroblogger menyatakan: ‘‘Dia seorang yang sangat bertuah, barangkali dia akan menjadi pemilik hartanah yang paling berkuasa di Beijing selepas tiga tahun meringkuk dalam penjara.’’

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas