Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog PRK Sg. Limau: Kristian boleh guna kalimah Allah atas persetujuan Pas

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

Di dalam keghairahan pengundi Sungai Limau untuk menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau, mereka dikejutkan dengan kehadiran penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas semalam. Tambah mengejutkan ahli parlimen Gelang Patah itu, turut dibenarkan untuk berucap di hadapan ahli dan penyokong Pas yang rata-rata terdiri daripada penduduk kampung.

“Kalimah Allah boleh digunakan di Sg. Limau oleh pihak Gereja jika PAS menang pada PRK kali ini”.
Sudahlah rata-rata di kalangan mereka dipaksa hadir untuk mendengar ceramah dalam keadaan hujan. Tetapi mereka juga turut diminta duduk di atas tanah yang masih bertakung air kerana pihak penganjur tidak menyediakan kerusi berbanding para pemimpin pakatan pembangkang yang selesa di kerusi empuk di atas pentas.

Tambah menarik, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar turut menjadikan isu tersebut sebagai modal lawak ketika berceramah dengan meminta para hadirin duduk di atas tanah supaya air yang banyak bertakung di kawasan tersebut cepat kering. Namun ‘lawak bodoh’ itu hanya mendapat sambutan hambar penyokong Pas.

Ini kerana, mereka bukan sahaja geram kerana dipaksa hadir dalam keadaan yag tidak selesa, namun paling menyakitkan hati apabila melihat kelibat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkongsi pentas dengan Presiden Pas, Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

Malah ketika Kit Siang berucap, ada di kalangan ahli Pas yang melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju dengan pendekatan parti itu menggunakan Kit Siang. Ini kerana umum mengetahui DAP dan Kit Siang adalah merupakan antara mereka yang sangat kuat menentang Islam.

Paling menjengkelkan apabila, di dalam ceramahnya Kit Siang cuba menafikan kononnya dia anti-Islam.

Salah seorang pengunjung yang enggan mendedahkan identitinya, mengatakan dia langsung tidak bersetuju dengan keputusan Pas pusat untuk mendapatkan sokongan Kit Siang. Paling mengecewakan katanya, Pas buka setakat menagih sokongan DAP, malah turut membawanya hadir sebagai penceramah di Sungai Limau.

Ini kerana mereka tahu, Kit Siang adalah antara ‘Mastermind’ yang mahu memastikan kalimah Allah dapat digunakan oleh mereka yang beragama Kristian di dalam kitab Bible.

Menurutnya, dengan kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini, ia seolah-olah memberikan gambaran kepada mereka, Pas secara dasarnya telah bersetuju dengan gerakan musuh Islam itu.

Pada mereka, kehadiran Kit Siang di Sungai Limau ini bukan sekadar ingin meraih undi tetapi agenda utamanya ialah untuk menerangkan rasional penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Paling malang, gerakan tersebut turut disokong  oleh mereka yang bergelar ulama.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas