Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pelaburan Iskandar RM128.21b

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 22 Oktober 2013

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited terkumpul sebanyak RM128.21 bilion dari 2006 hingga September tahun ini.

Pengerusi Bersama Iskandar Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, koridor ekonomi selatan itu juga berjaya mencatatkan pelaburan sebanyak RM9.28 bilion bagi suku ketiga tahun ini, peningkatan sebanyak 18.53 peratus berbanding RM7.56 bilion bagi suku kedua.

“Hingga kini pelabur tempatan menyumbang sebanyak RM83.4 bilion, manakala RM44.81 bilion merupakan sumbangan pelabur asing bagi pelaburan komited terkumpul.

“Sebanyak RM55.81 bilion atau 44 peratus daripada pelaburan keseluruhan sudah direalisasikan dan ini membuktikan para pelabur berminat untuk terus melabur di dalam wilayah ini,” katanya selepas merasmikan Seminar Bio Malaysia dan Bio Ekonomi Asia Pasifik 2013 di Hotel Puteri Pacific, di sini hari ini.

Lima negara yang mencatatkan pelaburan tertinggi di Iskandar Malaysia ialah Singapura, Sepanyol, Jepun, Amerika Syarikat dan Belanda.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar berkata, sektor pembuatan mencatatkan pelaburan komited terkumpul tertinggi iaitu sebanyak RM45.68 bilion dan merangkumi sektor elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleo-kimia, pemprosesan makanan dan hasil tani.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, Iskandar Malaysia juga dijangka mencatat pelaburan sebanyak RM22 bilion menjelang hujung tahun ini.

“Hingga suku ketiga tahun ini, kita sudah berjaya menarik pelaburan melebihi RM20 bilion,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas