Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Minat atau gila?

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

Walau apa pun genrenya daripada novel ke falsafah, agama, ekonomi, sastera dan pelbagai lagi, tidak dinafikan ilmu yang diperolehi begitu besar sehingga mampu mengubah dunia. Malah ada yang menganggap buku adalah kuasa.

Sesungguhnya jasa buku terlalu banyak dalam kehidupan manusia sehinggakan tidak keterlaluan untuk menyatakan kehidupan kita sekarang yang jauh lebih baik berbanding dahulu adalah sumbangan buku-buku yang dihasilkan manusia sendiri.

Semakin maju tamadun itu pastinya semakin bijak atau cerdik manusia itu sendiri. Namun bagaimana manusia menggunakan kebijaksanaan itu adalah satu perkara lain kerana kebijaksanaan itu tidak bererti mereka tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun dari satu sudut, terdapat juga buku yang nilainya hanya layak dicampak ke tong sampah kerana isi kandungannya yang keterlaluan sifatnya seperti memaparkan kisah lucah, pornografi, fitnah, pembohongan dan pelbagai lagi.

Sejajar dengan peredaran zaman, mungkin buku akan hanya tinggal naskhah lusuh dengan kehadiran gajet buku canggih seperti eBooks, iPad dan Kindle.

Walau dalam bentuk tradisi atau moden, kegilaan terhadap buku ini tidak akan mati. Tanpa mengira zaman, buku akan terus dicari dan menjadi teman manusia walaupun sekadar peralatan canggih yang berfungsi di hujung jari.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas