Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Mansuh subsidi gula Rakyat perlu diajar perkara baik

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

Dato' Sri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu diajar dengan 'maksud' yang baik di sebalik tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Menurut Perdana Menteri, hal demikian kerana bilangan pesakit diabetes kini berada di peringkat membimbangkan dengan 2.6 juta rakyat berusia 30 tahun ke atas menghidap penyakit itu.

"Kita hapuskan subsidi gula, sebabnya subsidi itu membazir, ini yang dikatakan oleh kebanyakan penganalisis pasaran. Hakikatnya, 2.6 juta rakyat kita menghidap diabetes. Kalau menderita diabetes, mata kadang-kadang rabun, nak kena gunakan mesin dialisis dan lebih teruk, kaki terpaksa dipotong.

"(Pengambilan gula berlebihan) adalah tidak baik. Saya sendiri sudah belajar minum teh tanpa gula. Inilah, kita perlu ajar rakyat dengan perkara-perkara yang baik sebab kita kerajaan yang bertanggungjawab,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Ke-42 di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik di sini hari ini.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas