Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Langkah naikkan RPGT mampu kekang kenaikan harga hartanah

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 27 Oktober 2013

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia percaya langkah kerajaan menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) mampu mengekang kenaikan harga hartanah untuk tempoh waktu tertentu, berikutan kenaikan mendadak sektor itu sejak 2010.

Dalam Bajet 2014, hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun, kadar RPGT dinaikkan kepada 30 peratus, manakala pelupusan dalam tempoh empat dan lima tahun, kadarnya dinaikkan kepada 20 peratus dan 15 peratus.

Dalam perkembangan yang sama, OCBC Bank turut menjangkakan langkah menaikkan RPGT berkenaan termasuk harga hartanah minimum RM1 juta untuk warga asing boleh meredakan sentimen kenaikan harga dalam sektor perumahan.

Langkah kerajaan mencegah pemaju daripada melaksanakan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) dengan menghalang bank menyalurkan pembiayaan juga dilihat selaras dengan standard di rantau ini untuk mengatasi inflasi pemilikan aset.

Pemaju hartanah Mah Sing pula berpendapat, kenaikan RPGT disasarkan untuk golongan spekulator hartanah dan tidak memberi kesan kepada pembeli hartanah untuk dihuni atau disewa.

"Untuk jangka panjang, ini boleh mengekang kenaikan harga hartanah," katanya dalam satu kenyataan.

Mah Sing berkata, syarikat berkenaan turut berhasrat melaksanakan Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik Swasta (MyHome) ke dalam projeknya yang berpotensi dan sesuai dengan skim berkenaan.

Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan hari ini, kerajaan akan menawarkan subsidi sebanyak RM30,000 untuk sebuah rumah di bawah skim MyHome dengan penetapan harga maksimum rumah kos rendah RM45,000 sebuah dan RM170,000 sebuah untuk rumah kos sederhana.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas