Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kementerian Kewangan, kastam pertingkat penjelasan kebaikan pelaksanaan GST

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

MELAKA 20 Okt. – Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam mempertingkatkan pengetahuan rakyat mengenai kebaikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahmad Maslan bergambar dengan para pegawai kastam yang menghadiri Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi Tinggi di Akademi Kastam Diraja Malaysia, Bukit Baru, Melaka, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebagai agensi pelaksana, Jabatan Kastam telah menyiapkan segala sistem berkaitan sejak 2005 lagi.

“GST akan dilaksanakan tetapi tarikh dan peratusannya hanya akan diketahui apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman, mungkin pada pembentangan bajet tidak lama lagi.

“GST perlu dilaksanakan untuk memantapkan lagi sistem cukai negara agar lebih telus, adil dan berkesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama dan merasmikan Seminar Kepimpinan Organisasi Berprestasi Tinggi di Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal), Bukit Baru di sini hari ini.

Katanya, apabila GST dilaksanakan nanti, dua jenis cukai iaitu cukai jualan 10 peratus dan perkhidmatan enam peratus akan dimansuhkan.

“Penjelasan dan penerangan tentang GST akan diperhebat selepas ini supaya rakyat faham dan tidak diputar belit oleh pembangkang,” katanya.

Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib dan Pengarah Akmal, Dayang Fatimah Johari.

Kata Ahmad, pelaksanaan GST tidak akan membebankan rakyat kerana mempunyai pengecualian terhadap kumpulan makanan dan perkhidmatan tertentu.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Kastam menyasarkan jumlah kutipan hasil sebanyak RM34.43 bilion tahun ini.

Menurut beliau, antara Januari hingga 17 Oktober lalu, jabatan itu telah berjaya memperoleh nilai kutipan hasil sebanyak RM25.8 bilion.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas