Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Jangan pilih pemimpin yang 'menghabiskan beras'

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 18 Oktober 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kesemua 146,500 perwakilan UMNO yang akan membuat pemilihan jawatan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) esok dinasihatkan tidak memilih calon yang ‘menghabiskan beras sahaja’.

Sebaliknya jelas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, mereka perlu memilih pemimpin yang rajin, gigih, bijak bercakap dan selalu turun padang bagi memastikan parti terbesar orang Melayu itu terus kukuh di negara ini.

“Kriteria itu dilihat mampu memberi kemenangan dua pertiga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kalau tidak boleh menjamin kemenangan dua pertiga, jangan kita pilih mereka kerana menghabiskan beras sahaja,” katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Mengumpul Dana Membina Madrasah Integrasi Islam Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, tokoh pendidikan, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah; calon UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Yang Dipertua Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM), Hamsan Omar.

Beliau mengulas pemilihan peringkat bahagian dan pusat UMNO yang akan berlangsung serentak esok membabitkan 146,500 perwakilan dari seluruh negara, kecuali Sarawak.

Berhubung pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, pilihan raya itu menjadi medan pertempuran sulung bagi gandingan barisan kepimpinan baharu UMNO dalam usaha merampas DUN berkenaan daripada Pas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan 4 November sebagai hari pengundian di kawasan yang mempunyai 27,222 pengundi berkenaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas