Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Energi jihad perlu kuat dalam memimpin parti

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 8 Oktober 2013

KALAU disifatkan pemilihan UMNO ini sebagai ‘perang’, ia ada asasnya. Tetapi jangan cepat melatah kerana perang yang dimaksudkan ialah ‘perang hawa nafsu’.

Sejauh mana calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ini sudah benar-benar bersedia - bukan hanya sihat tubuh badan, akal yang bijak atau pemikiran yang matang, tetapi aspek dalaman yang suci dan bersih serta mendapat restu yang baik daripada Allah SWT untuk meneruskan perjuangan yang dikatakan banyak penangguhan itu.

Senario ini wajar difokuskan sejenak, kerana mewujudkan energi jihad dalam parti UMNO itu bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main, apatah lagi sekalian yang berjuang itu adalah umat Islam - golongan yang akan membawa hala tuju agama suci ini di ruang yang lebih tinggi.

Kita tidak mahu bercakap soal “aku boleh memimpin" tetapi melihat kemampuan energi jihad dalam diri setiap calon agar ia itu tidak dipesongkan sehingga menjadi faktor kelemahan seseorang manusia dan akhirnya membawa parti yang dalamnya umat Islam terbenam dalam keghairahan masing-masing.

Kalau inilah yang berlaku dalam pemilihan UMNO kelak dan ada rasa kealpaan dalam soal hukum-hakam agama, maka pemimpin yang terpilih itu akan membawa kemudaratan kepada manusia.

Inilah yang kita tidak mahu, dan wajar setiap ahli UMNO menghapuskan sikap kehancuran ini seperti takbur, hasad, pentingkan diri sendiri, rasuah serta penyakit batin yang lainnya, di mana kelak akan menyaksikan energi jihad yang diharapkan sebagai pendukung kekuatan UMNO semakin lemah akibat hawa nafsu ini.

Justeru, ahli UMNO dan umat Islam hendaklah tahu bahawa perselisihan terbesar berlaku dalam kalangan kita adalah disebabkan perkara yang berkaitan urusan kepimpinan ini.

Tidak terdapat dalam satu permasalahan agama yang menyebabkan terhunusnya mata pedang sesama umat Islam melainkan disebabkan permasalahan ‘imamak’ (kepimpinan) seperti mana yang telah berlaku pada zaman sebelum ini.

Oleh itu, pemilihan UMNO ini adalah juga berkaitan kepimpinan dan energi jihad dan sebab itu barang siapa yang kini menjadi calon dan bercita-cita menjadi pemimpin, jangan hanya memikirkan perjuangan dalam aspek duniawi, tetapi lebih memberatkan soal kemantapan rohaniah dan penerimaan ilmu yang betul supaya dirahmati oleh Allah SWT.

Ibnu Abbas RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang melihat ketua (pemimpinnya) melakukan suatu tindakan yang tidak disenangi, maka hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang memisahkan diri daripada jemaah walau sejengkal, lalu meninggal dunia, maka matinya sama seperti mati jahiliah."

Maka, kembalilah kepada ‘nawaitu’ yang betul untuk memfokuskan perjuangan dalam UMNO ini, walaupun ia adalah soal dalaman hati masing-masing.

Apa yang hendak dilihat oleh pemerhati, ahli UMNO dan seluruh umat Islam adalah pengertian jihad sebenar dalam pembaharuan parti termasuklah hubung kaitnya dalam elemen meremajakan UMNO ini dan jihad yang perlu terlebih dahulu dilakukan oleh calon dan ahli parti ialah pembersihan jiwa masing-masing.

Janganlah pula ada ahli UMNO beranggapan pemimpin yang tidak betul atau tidak adil boleh disingkirkan dan dibatalkan kesetiaan terhadap mereka, malah beranggapan kononnya ia adalah jihad yang dituntut oleh agama dan betul.

Kadang kala ramai beranggapan berkemungkinan membatalkan kesetiaan terhadap seseorang pemimpin itu atas dasar tidak puas hati dengan mereka boleh membawa kebaikan, tetapi kita terlupa ada kemungkinan jika perkara itu dilakukan juga ia akan menambah derita dalam parti ini.

Sebab itulah, pemerhati UMNO melihat kadangkala ahli tidak dapat bersatu bukan disebabkan perbezaan pendapat sehingga mendorong mereka melakukan pemilihan yang salah, tetapi disebabkan sikap setengah ahli yang terkeluar daripada petunjuk syarak dalam menghadapi perbezaan pendapat.

Seelok-eloknya kenalilah jihad sebenar dalam pemilihan ini iaitu ‘energi jihad dalaman’ dan tidak menuding kepada sesiapa dalam membetulkannya kerana inilah senjata sebenar yang akan dapat memperkukuhkan parti UMNO yang keramat ini, malah merupakan ‘peluru’ paling kuat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Oleh: Ketua Biro Negeri Sembilan Utusan Malaysia.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas