Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Dakwaan rakyat Malaysia biaya serangan MNLF disiasat

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 31 Oktober 2013

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pihak berkuasa Malaysia sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung dakwaan bahawa serangan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Zamboanga City pada September mendapat sokongan seorang pembiaya di Malaysia.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata beliau maklum tentang perkembangan itu.

“Kami sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar Philippine Star melaporkan Polis Nasional Filipina sedang menjejaki pembiaya berwarganegara Malaysia itu yang mendakwa dia menerima bayaran secara mingguan daripada penyumbang dari Malaysia untuk membiayai serangan itu.

Akhbar itu memetik seorang warganegara Malaysia sebagai berkata pembiaya berkenaan mengirim kepadanya US$20,000 seminggu untuk menyokong operasi MNLF di Zamboanga City yang bermula pada 9 September.

Sementara itu, bekas duta Malaysia di Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad menggesa Kementerian Dalam Negeri menyiasat dakwaan itu, yang beliau sifatkan sebagai “satu perkara keselamatan yang serius”.

“Saya terperanjat membaca laporan itu,” katanya apabila dihubungi.

Menurut laporan akhbar berkenaan, lebih 400 anggota MNLF menyerang Zamboanga City untuk menawan bangunan dewan bandar raya dan menaikkan bendera ‘Republik Bangsamoro Merdeka’.

Serangan itu menyebabkan kira-kira 190 pejuang MNLF terbunuh selepas pertempuran lebih tiga minggu dan 292 suspek ditawan atau menyerah diri.

Menurut akhbar harian dalam talian itu, 23 anggota tentera serta polis terbunuh dan 180 cedera, manakala 12 orang awam maut dalam kejadian itu.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas