Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Runggutan tentang kenaikan subsidi petrol...

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Jumaat, 13 September 2013

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia...

Pada saya pendekatan dalam penerimaan pada akaun Facebook ini kurang jelas & kurang tepat dengan 'Status Post' yang dibuat berkenaan kenaikan harga subsidi petrol sebanyak RM 0.20 sen oleh kerajaan baru baru ini. Maka tetapi yang merunsingkan saya ialah kerana ianya boleh menjadi viral kepada pengguna media sosial yang lain (Twist & Spin) lalu menguji-guji untuk mencari peluang kepada 'Level of Thinking' masyarakat kita bagi menimbulkan presepsi yang kurang baik terhadap kredibiliti tentang seseorang pemimpin negara.

Pada fahaman dan pendapat saya, budget bulanan wang petrol bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.00 itu adalah sebagai satu anggaran (Method) secara kasar pada isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.00 dan yang bukan memiliki kenderaan yang banyak dirumah juga mempunyai perbelanjaan bulanan yang tinggi. (e.g. Range - Status rakyat berpendapatan lower middle income, fresh graduate dan yang berstatus bujang atau baru berkahwin) khususnya.

Tambahan idea bantuan oleh tampuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional oleh YAB DS Najib Razak kepada rakyat di Malaysia sekarang ini seperti yang umumnya kita sendiri tahu contohnya seperti BR1M, KR1M, PR1MA etc. telah pun banyak membantu kepada kos sara hidup rakyat pada zaman ini dan saya sememangnya sanggat bersetuju dengan perlaksanaan tersebut, tambahan nilai atau jumlah pelabur yang semakin meningkat di negara ini secara tidak langsung dapat membantu hasil kewangan dan pembelanjaan negara dan dalam masa yang sama ianya dapat untuk menggukuhkan lagi kestabilan negara.

Kemaskini
Hari: Ahad 
Tarikh: 15 September 2013 
Jam: 9:00 a.m 

Berikut adalah kenyataan saya pada hari Khamis 12/9/13 di Kementerian Kewangan MOF Putrajaya selepas Majlis Bantuan sempena Syawal kpd 503 staff MOF yg terpilih drpd kategori sokongan, Oku, ibu tunggal dll ttg Rasionalisasi Subsidi. 7 org pemberita yg hadir & mempunyai alat perakam suara ada bersama ketika sidang media:

"Kajian oleh Kerajaan menunjukkan pemberian subsidi bahan api adalah tidak bersasar tetapi tersasar di mana rakyat berpendapatan tinggi mendapat menafaat terbesar berbanding rakyat berpendapatan rendah. Berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Msia ke atas petrol RON 95, hanya 30% disumbangkan oleh kumpulan berpendapatan kurang drpd rm3ribu sebulan. PURATA perbelanjaan ke atas petrol isi rumah berpendapatan kurang rm3ribu sebulan adalah rm132 sebulan, berbanding rm375 sebulan oleh isi rumah yg berpendapatan lebih rm5ribu sebulan. Kajian oleh IMF Tabung Kewangan Antarabangsa pula mendapati, di seluruh dunia, manfaat subsidi petrol kpd rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik. Lebih 80% drpd manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair LPG, 65% dan 70% drpd manfaat subsidi dinikmati golongan 40% isi rumah berpendapatan tinggi. Namun, pemberian subsidi tertentu akan diteruskan tetapi perlu bersasar ( targeted ) kpd rakyat yg layak bukan tersasar"..

Kontroversi kemudian berlaku ttg kenyataan saya itu sbb angka rm132 & rm375 sebulan penggunaan petrol kpd 2 kumpulan pendapatan isi rumah. 

Saya mengulang kenyataan kpd pemberita yg hadir agar angka2 yg saya sebut tidak silap dipetik. 

Perlu diingat perkataan PURATA adalah amat penting. Contohnya dlm sebuah isi rumah yg ada ayah, ibu dan 3 anak, maksud purata pendapatan rm3ribu ialah pendapatan 5 org dlm rumah itu samada ibu atau anak2 yg mendiami dlm rumah itu bekerja atau tidak, kecil, besar, masih bersekolah atau tidak.

 Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah juga begitu, dibahagi kpd yg ada kereta, ada motorsikal dll dlm rumah itu, isi rumah dari Perlis hingga ke Sabah, rumah teres atau rumah panjang, bandar atau di kws pedalaman. Maksud purata juga ialah sbhg isi rumah berbelanja lebih, sbhg pula kurang drpd angka yg dinyatakan itu. Angka itu betul utk purata seluruh negara.

[Pengiraan purata itu pula bersumberkan drpd Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah 2009/10 (Household Expenditure Survey HES) oleh Jabatan Perangkaan Msia (DOSM) yg dibuat setiap 5 tahun sekali] Tkasih.

D Ahmad b Maslan Timb Menteri Kewangan, 14/9/13

Sila layari alamat berikut: Siaran Media Maya - http://is.gd/cW4TMd

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas