Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Presiden KMPP tinggalkan DAP

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 30 September 2013

Hiew King Cheu
PULAU PINANG 28 Sept. - Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak yang selama ini mempunyai hubungan rapat dengan DAP mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Tegasnya, keputusan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap DAP yang sebenarnya bukan parti bagi orang Melayu berlindung tetapi dipergunakan secara halus dan senyap dalam memuaskan hawa nafsu kepimpinan parti dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.'

"Slogan berbilang kaum yang dicanang parti itu selama ini bukan bermaksud untuk orang Melayu tetapi didominasi oleh majoriti orang Cina dan segelintir kecil orang India," dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tindakan Rahmad itu merupakan satu lagi tamparan terhadap DAP selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Sabah, Hiew King Cheu bertindak meninggalkan parti itu semalam.

Rahmad yang sudah dua tahun menjadi ahli DAP berkata, sepanjang menjadi ahli parti itu, beliau tidak putus asa berjuang supaya kepimpinan parti membuka ruang kepada ahli dan pemimpin Melayu parti untuk mewakili DAP dalam pilihan raya umum.

Namun katanya, usahanya itu gagal apabila tiada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini yang diberi kepada pemimpin Melayu biarpun penduduk Pulau Pinang mempunyai hampir 640,000 orang Melayu.

"DAP telah meletakkan tanggungjawab terhadap orang Melayu di negeri ini di bahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas dengan hanya enam daripada 30 kerusi DUN diwakili oleh wakil rakyat Melayu.

"DAP boleh diibaratkan sebagai parti yang 'habis madu sepah dibuang' kerana itulah sesungguhnya yang terjadi kepada pemimpin veteran Melayu parti apabila sumbangan mereka berjuang bersama parti, langsung tidak dihargai biarpun telah lebih daripada 25 tahun bersama DAP," jelasnya.

Selain itu, beliau juga mengharapkan ahli-ahli Melayu dalam DAP mengikut langkahnya meninggalkan parti itu demi Islam dan Melayu.

"Kita harus menolak parti yang secara rasional dan rakusnya telah menolak Islam dan Melayu. Orang Melayu tiada tempat dalam DAP," katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas