Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog MNLF digempur guna helikopter

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 17 September 2013

ZAMBOANGA 16 Sept. - Tentera Filipina hari ini buat kali pertama menggunakan helikopter untuk menggempur kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam usaha untuk menamatkan ketegangan di bandar ini.

Seorang anggota tentera melancarkan mortar 60mm ke arah kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam operasi gempur di Zamboanga, selatan Filipina, semalam.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, dua helikopter gempur telah melancarkan serangan roket ke arah kumpulan MNLF di perkampungan tepi pantai di bandar Zamboanga, Mindanao.
"Ini adalah serangan udara jarak dekat yang diarahkan oleh tentera darat untuk menumpaskan musuh," katanya yang mengesahkan serangan itu.

Penggunaan helikopter itu adalah serangan udara pertama sejak tentera menggempur MNLF, selepas kumpulan tersebut menyerang bandar ini pada Isnin lalu dan menyebabkan lebih 60 orang maut.
Ketika ditanya tentang kemungkinan orang awam akan terkena serangan, Zagala menegaskan mereka melancarkan serangan jarak dekat yang mengutamakan 'ketepatan'.

Katanya, lebih 100 anggota MNLF masih bertahan di sekitar dua daerah tepi pantai di Zamboanga, seminggu selepas kumpulan itu menyerang bandar tersebut untuk menuntut 'kemerdekaan'.

"Mereka masih mempunyai peluru dan terus melancarkan serangan balas terhadap tentera.
"Namun, tentera semakin hampir mencapai kemenangan selepas berjaya menawan semula beberapa kedudukan kumpulan itu pada hujung minggu lalu," ujarnya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas