Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Kedah tetapkan pembangunan ICT agenda transformasi

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 30 September 2013

Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
KULIM 29 Sept. - Kerajaan Kedah menetapkan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai satu daripada agenda Transformasi Kerajaan Negeri Kedah, berikutan kedudukan negeri itu yang berada di tangga ketiga terbawah dalam aspek kadar penembusan jalur lebar.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Kedah hanya mencapai 53.7 peratus berbanding 67.1 peratus di peringkat nasional.

Katanya, Makmal Transformasi Teknolgi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kedah yang bermula sejak awal September lepas telah banyak membincangkan secara terperinci berkaitan status semasa, isu-isu dan cabaran serta mekanisme pelaksanaan bagi pembangunan ICT di Kedah.

"Input-input yang diberikan amat berguna bagi perancangan peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negeri Kedah di samping mentransformasikan Negeri Kedah menjadi negeri maju berpendapatan tinggi. Ia juga turut mengambil kira inisiatif-inisiatif di bawah (Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi) NKEA - Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi.

" ICT akan bertindak sebagai pemboleh kepada sektor-sektor utama negeri seperti pertanian, pelancongan, industri, usahawan dan lain-lain lagi," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Karnival Jalur Lebar 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Padang Umum Kulim di sini semalam.

Teks ucapan Mukriz dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi Norsabrina Mohd Noor yang mewakili beliau merasmikan majlis itu.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas