Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Bumiputera perlu jadi usahawan - Ahmad Maslan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 30 September 2013

Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Orang Melayu khususnya golongan muda disaran mempelopori bidang keusahawanan dengan lebih proaktif demi mencapai hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun tiga perempat penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera namun kuasa ekonomi negara ketika ini didominasi kaum Cina.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, kita masih belum mencapai prestasi yang diharapkan malah terlalu rendah, misalnya dari segi pencapaian ekuiti, pemilikan premis perniagaan, simpanan dalam bank dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kebangsaan Pemimpin Muda dan Keusahawanan 2013 minggu lalu.

Forum yang julung-julung kali diadakan itu disertai lebih 600 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan turut dihadiri Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Awang Sariyan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, kaedah terpenting dalam mengangkat ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera adalah melalui keusahawanan.

"Jika kita tidak menjadi bangsa usahawan, negara akan rugi kerana sembilan daripada sepuluh punca kekayaan adalah daripada hasil perniagaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas