Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Bentuk kerjasama dengan Malaysia

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Selasa, 17 September 2013

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Institut Kejuruteraan Isyarat Rel (IRSE) Bahagian Indonesia berharap unit sama IRSE yang baharu ditubuhkan di Malaysia mampu membentuk kerja sama erat bersama-sama satu lagi unit di Singapura dalam usaha menambah baik industri rel di ASEAN.

IRSE merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di United Kingdom pada 1912 untuk amalan penyenggaraan standard tinggi dan penjagaan profesional serta mempromosikan standard keselamatan kereta api untuk orang awam.

Di ASEAN, IRSE telah menubuhkan unitnya di Singapura, diikuti Indonesia April lalu dan Malaysia pada bulan ini dan Malaysia merupakan unit terbesar di rantau ini dengan memiliki 68 ahli.

Presiden IRSE Bahagian Indonesia, Adi Sufiadi Yusof berkata, Indonesia dan Malaysia memiliki masalah yang hampir sama iaitu kekurangan modal insan yang pakar dalam industri rel.

"Dengan tertubuhnya IRSE di Malaysia, maka terdapat banyak kerjasama boleh dibentuk antara kedua-dua negara dalam menangani masalah berkenaan untuk kemajuan pada masa depan.

"Unit Indonesia mengharapkan adanya sinergi, perkongsian persidangan, mesyuarat atau apa sahaja bentuk kerjasama yang konkrit dalam melahirkan modal insan dalam bidang isyarat dan telekomunikasi melalui IRSE," katanya kepada Utusan Malaysia.

Unit di Malaysia telah dipengerusikan oleh Datuk Mohd. Salleh Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Persidangan Perniagaan Rel Asia 2013 baru-baru ini yang menyaksikan unit IRSE Malaysia ditubuhkan melalui satu memorandum yang telah ditandatangani oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tambah beliau, Jakarta bakal memiliki monorel antara bandar dalam tempoh dua tahun lagi dan perkongsian maklumat dengan Malaysia dan Singapura yang lebih berpengalaman bakal memudahkan pelaksanaan projek berkenaan.

Sementara itu, Presiden IRSE, David Weedon ketika ditanya mengenai kerjasama berkenaan memberitahu, hasrat berkenaan sangat dialu-alukan dan pihak pusat sedia membantu.
"Kami akan melawat unit di Singapura minggu ini dan akan membawa usul tersebut untuk dibincangkan," ujarnya.

Penubuhan IRSE di Malaysia bertujuan untuk mengimbangi pertumbuhan industri rel tempatan yang dijangka menerima pelaburan sebanyak RM160 bilion menjelang 2020.

Infrastruktur rel di Malaysia perlu dipantau dari segi standard dan kualiti secara profesional dalam sektor pemancar dan telekomunikasi.

Antara peranan yang boleh disumbangkan oleh IRSE kepada industri Malaysia adalah meningkatkan standard keselamatan operasi rel dan penyelenggaraan.

Agensi berkenaan juga menjadi penghubung antara berkuasa dengan pemain industri dan dalam masa yang sama membawa pakar antarabangsa untuk berkongsi pengetahuan dalam menggalakkan pembangunan di Malaysia.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas