Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Semoga rakyat tidak terus ditipu!

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Sabtu, 11 Januari 2014

Walaupun memegang status sebagai lidah rasmi sebuah pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam, itu tidak bermakna mereka bebas untuk menipu pembaca dengan laporan yang boleh dikategorikan sebagai laporan sampah.

Ini kerana demi untuk menunjukkan kononnya himpunan guling yang diadakan di Dataran Merdeka malam tahun baru yang lalu mendapat sokongan, mereka sanggup menipu para pembaca fanatik untuk percaya dengan laporan berita yang disampaikan.

Isu ini berhubung gambar yang dimuatnaik oleh portal Harakah Daily yang kononnya melaporkan lintas langsung perkara yang berlaku semasa himpunan Guling. Dengan menggunakan gambar tersebut, mereka mendakwa seramai 500,000 peserta demonstrasi telah berhimpun di Dataran sambil menyifatkan ia satu kejayaan besar terhadap program anak muda.

Namun apabila diselidiki, ternyata gambar tersebut adalah PALSU. Ini kerana gambar tersebut memaparkan kehadiran mereka yang hadir untuk program Gema Takbir Ambang 2014 bersama Azhar Idrus di Pulau Pinang. Ia berdasarkan kepada laporan media dan blog pembangkang yang melaporkan mengenai program tersebut.

Sudah mereka cuba menipu dengan melaporkan gambar yang salah, mereka juga dengan sengaja memberikan maklumat palsu tentang jumlah kehadiran. Menurut pemerhatian, pemantauan dan analisa yang dilakukan bermula jam 6.00 petang anggaran kehadiran pada malam itu hanya sekitar 5,000 – 6,000 orang sahaja. Ia termasuklah mereka yang hadir bagi mengikuti acara sambutan pada malam itu seperti konsert dan persembahan bunga api.

Tidak cukup dengan itu, Harakah turut mendakwa himpunan yang diadakan itu telah diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebagai satu simbolik kononnya mereka yang hadir benar-benar cintakan negara. Sedangkan secara realitinya, perkara tersebut langsung tidak berlaku sama sekali.

Malah menurut anggota keselamatan yang bertugas seperti polis dan penguat kuasa DBKL, para wartawan, pemerhati bebas, dan sebagainya turut mengakui langsung tiada sebarang nyanyian lagu negaraku yang berkumandang.

“Saya dan beberapa petugas (media) yang lain telah diarahkan untuk memantau kawasan padang, tempat di mana Chegu Bard dan beberapa wakil kumpulan pelajar berucap.

“Namun  bermula dari jam 11.30 malam (masa ketika konsert dihentikan, ekoran balingan botol air dan beberapa objek keras) sehinggalah jam 1.20 pagi (ketika, para peserta demo, mula bersurai) langsung tidak kedengaran nyanyian lagu negaraku dari kumpulan tersebut. Saya merasakan ia hanyalah merupakan laporan yang sengaja diada-adakan”, menurut salah seorang wartawan yang ditemui.

Memang tidak dinafikan, mereka ada menyanyikan beberapa buah lagu, namun kesemua lagu tersebut adalah merupakan lagu gubahan sendiri yang mengutuk, menghina, mengecam perdana menteri dan isterinya.

Kesimpulannya, ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan pendekatan seperti itu. Malah dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yang diadakan mereka turut dilihat dengan sengaja memberikan angka yang besar berhubung jumlah kehadiran. Sungguh mengecewakan! Ini kerana sebagai sebuah portal yang kononnya ingin memperjuangkan keadilan, telus dan bebas mereka secara diam-diam menipu pembaca setia dengan laporan-laporan sampah.

Malah pendekatan ini juga turut digunakan oleh jentera parti itu dalam siri kempen ketika pilihan raya kecil Dun Sungai Limau tidak lama dahulu. Mereka dengan sengaja telah mengubah beberapa keping gambar bagi menipu pengundi.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas