Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Malaysia buka Pusat Setempat proses visa di Sri Lanka

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Isnin, 18 November 2013

COLOMBO 16 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Setempat (OSC) bagi Memproses Visa Malaysia (VFM) di ibu negara Sri Lanka di sini, yang akan menguruskan permohonan visa oleh rakyat Negara ini yang ingin datang ke Malaysia.

Ketua-ketua Kerajaan dan wakil-wakil mereka bergambar untuk gambar rasmi di Majlis Perasmian Mesyuarat Kerajaan Commonwealth Heads (CHOGM) yang diadakan di Nelum Pokuna, Teater Mahinda Rajapaksa, Colombo.
Perdana Menteri berkata, pembukaan OSC itu merupakan pencapaian terbesar Kementerian Luar dalam mempercepatkan proses permohonan visa bagi rakyat asing untuk datang ke Malaysia terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2015.

Menurut beliau, kerajaan menyasarkan kedatangan lebih 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2015 dengan 1.06 juta disasarkan terdiri daripada pelancong dari selatan Asia sahaja.

“Kita berharap dengan pembukaan Pusat Setempat ini akan membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia terutama dari rantau ini sebanyak 7.9 peratus.

“Pada 2012 sebanyak 25.3 juta pelancong asing melawat Malaysia dengan menyumbang pendapatan sebanyak RM60.6 bilion, dan Malaysia kini merupakan salah sebuah daripada 10 destinasi pelancongan terkemuka di dunia,” katanya ketika merasmikan pusat setempat itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Sri Lanka, di sini.

Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka, Azmi Zainuddin.

Menurut Najib, pembukaan pusat setempat bagi memproses visa itu juga akan menjimatkan perbelanjaan Kementerian Luar, mengurangkan beban kerja, selain mempercepatkan proses permohonan visa Malaysia oleh penduduk Sri Lanka untuk datang ke Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Foshwa, Dr. Azlan Hamid ketika berucap berkata, OSC di Colombo akan mula beroperasi pada 1 Disember ini dan mampu memproses kira-kira 1,000 permohonan visa Malaysia oleh penduduk Sri Lanka sehari.

Sebelum ini, katanya, permohonan visa Malaysia di sini diuruskan oleh ejen-ejen yang dilantik oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka di sini. – Mingguan

“Kami (Foshwa) akan membelanjakan RM13 juta bagi membuka lapan lagi cawangan OSC di beberapa negara di rantau ini termasuk tiga di India (Chinai, New Delhi dan Mumbai), satu di Nepal (Kathmandu), dua di Pakistan dan satu di Afghanistan menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurut beliau, OSC di Colombo akan menjadi tanda aras dan pusat latihan bagi foshwa di rantau ini.

“Kami juga merancang membelanjakan RM15 juta lagi bagi memperbesarkan operasi kami dalam tempoh lima tahun akan datang,” tambah beliau.

Pengerusi Eksekutif Foshwa, Dr. Zamri Ramli pula berkata, kesemua OSC di rantau ini apabila dibuka sepenuhnya akhir tahun ini mampu memproses 1.8 permohonan visa dalam tempoh setahun.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas