Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Alvin, Vivian gagal ketepi pertuduhan

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan pertuduhan bahawa mereka menyebabkan timbulnya perasaan permusuhan dalam kalangan masyarakat berlainan agama.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian setelah mendapati tiada merit dalam permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai untuk semua penganut agama lain.

“Sepintas lalu membaca peruntukan berkenaan amat jelas sejelas gelas kristal bahawa peruntukan tersebut langsung tidak menyebut secara khusus bahawa peruntukan itu dituju khas kepada penganut beragama Islam.

“Perkataan-perkataan yang digunakan professing the same or different religions (menganut agama yang sama atau berlainan) menunjukkan peruntukan itu terpakai bukan sahaja kepada penganut agama Islam malahan terpakai kepada penganut agama-agama atau kepercayaan yang lain juga,” kata beliau.

Kata hakim berkenaan lagi, seksyen tersebut adalah undang-undang yang baik (good law) dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak wajar dibatalkan di bawah Perkara 4(1) perlembagaan itu.

“Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan itu adalah terpakai, sah dan berkuat kuasa secara sejagat tanpa mengira bangsa, keturunan ataupun agama yang dianuti oleh seseorang dan terpakai terhadap pemohon-pemohon ini (Alvin dan Vivian),” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, pasangan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka, dengan alasan sekiranya pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai ke atas orang Islam.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Alvin dan Vivian didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini pada pukul 10.48 malam, 7 Julai lalu.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Hafizza Jemali manakala pasangan itu diwakili peguam, Chong Joo Tian.

Sementara itu di luar mahkamah, Alvin yang ditemani Vivian membuat permohonan maaf sekali lagi terhadap perbuatan mereka itu selain rasa kesal terhadap perbuatan tersebut dan tidak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.

“Kami ingin memohon maaf sekali lagi dan kami pasti tidak akan melakukan lagi perbuatan itu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Joo Tian memberitahu akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan akan mengemukakan surat representasi kepada Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Pasangan penulis blog itu turut menghadapi pertuduhan menerbitkan penerbitan sama yang didakwa menghasut dalam Facebook di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Perbicaraan terhadap pasangan itu telah ditetapkan pada 5 dan 6 Disember ini di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas