Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pengintipan tidak boleh diterima – Ahmad Shabery

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Khamis, 28 November 2013

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
PUTRAJAYA 26 Nov. – Pengintipan bukan satu perkara yang boleh kita terima terutama dalam kalangan negara yang dianggap sahabat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi sebuah negara untuk mengintip ’perbualan’ sebuah negara sahabat atau berjiran, tidak kira sama ada ia membabitkan perkara yang sensitif atau tidak.

“Saya tidak menuduh sesiapa dalam perkara ini, Amerika Syarikat atau sebagainya… tapi secara prinsipnya, pada dasarnya tidak boleh untuk mereka berbuat demikian (mengintip),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa dirujuk mengenai laporan sebuah portal berita baru-baru ini mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, yang mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Semalam Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia dan pihaknya akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura untuk mendapatkian penjelasan berhubung dakwaan itu.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

Tinggalkan komen

Langgan entri blog | Langgan entri komen

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas