Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Pasukan inspektorat pantau modul latihan di kem PLKN

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR 22 Nov. – Sebanyak 10 Pasukan Inspektorat Pemantauan Modul ditubuhkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk memantau pelaksanaan modul-modul latihan di kesemua 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan program latihan berkenaan berjalan lancar dan mantap.

Menurutnya, penubuhan Pasukan Inspektorat Pemantauan Modul itu adalah bagi melihat kaedah penyampaian modul latihan dengan satu sistem semakan dan pemantauan yang lebih seragam diperkenalkan.

“Penubuhan pasukan ini turut bertujuan melihat perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan keberkesanan penyampaian jurulatih secara lebih cekap dan mantap.

“Pada masa sama memastikan keberkesanan penyampaian modul serta keberkesanan latihan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad.

Tambah Hishammuddin, setiap pasukan inspektorat ini terdiri daripada empat pegawai yang terdiri daripada kakitangan Ibu Pejabat JLKN, komandan dan jurulatih dari kem yang tidak terlibat sebagai jurulatih di kem berkenaan.

“Seperti yang sedia maklum, PLKN mempunyai tiga kumpulan latihan PLKN setiap tahun dan bagi setiap kumpulan, pasukan inspektorat ini akan membuat pemantauan sekurang-kurangnya lima kali lawatan di setiap kem.

“Pasukan inspektorat ini telah diberikan latihan sejak dua bulan lalu dan pelaksanaan sepenuhnya akan bermula pada pengambilan Kumpulan 1 Siri 11/2014 yang bermula 4 Januari tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, pendekatan Strategi Lautan Biru turut akan digunapakai dengan penglibatan pihak ketiga bagi terus menerapkan nilai-nilai perpaduan, kesukarelaan dan patriotisme dalam kalangan pelatih-pelatih PLKN.

“Mana-mana pihak lain khususnya yang terdiri daripada golongan muda dan kesukarelaan boleh bersama dalam program ini agar wujud satu gelombang kebaikan bagi mendepani landskap global yang banyak menjurus ke arah nilai-nilai negatif,” katanya.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 1 komen... teruskan membaca atau tambah komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas