Mohd Faidz Massari | The Official Personal Blog Insurans i-BRIM sehingga RM30,000

Makluman:-

"Saya masih lagi memerlukan masa bagi melengkapkan blog personal ini. Untuk ruangan entri MENGENAI SAYA, MARI BERHUBUNG, PORTFOLIO, GALERIA dan GUESTBOOK diatas, saya akan lengkapkan pada masa akan datang kerana saya masih lagi melakukan kerja-kerja proses penulisan kod dan script rasmi untuk blog ini, terima kasih dari saya kerana sudi berkunjung". - Mohd Faidz Massari (Ahad, 15 September 2013, 11.33 a.m)

Entri oleh: Unknown Ahad, 24 November 2013

Datuk Ahmad Maslan
PONTIAN 22 Nov. – Kementerian Kewangan sedang mengenal pasti konsortium yang akan menyediakan caruman Insurans Takaful Berkelompok Insurans 1Malaysia atau i-BR1M kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, i-BR1M memberikan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada ketua isi rumah (KIR) sama ada lelaki atau perempuan dan dipindahkan kepada waris jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

“Walaupun tidak dijanjikan mengenainya semasa pilihan raya umum yang lalu, penerima BR1M pada tahun depan mendapat faedah besar kerana menerima perlindungan insurans yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia ini.

“Ini menunjukkan kerajaan begitu prihatin dengan nasib mereka walaupun akan membelanjakan kira-kira RM4.6 bilion kepada 7.9 juta penerima termasuk dua juta penerima bujang,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Khidmat Masyarakat oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dataran Dato’ Jalok di Benut hari ini.

Yang turut hadir Pendaftar UTM, Wan Zawawi Wan Abd. Rahman; Penolong Pegawai Daerah Pontian, Anuar Jamil Malham; Penghulu Mukim Benut, Abd. Jabal Kiman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Helmi Buang.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan pula dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Menurut Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, perlindungan insurans yang disediakan kepada penerima BR1M berteraskan takaful Islam dan bayaran akan segera dibuat melalui penghulu, ketua kampung atau mana-mana pihak yang berkenaan.

Malaysia Terkini | Persepsi vs. Realiti

{ 1 komen... teruskan membaca atau tambah komen }

GUESTBOOK

Nama

E-mel *

Mesej *

Entri Popular

Label

Agama (41) Artikel (236) Bisnes (41) Hiburan (12) Kartun (26) Kembara (12) Luar Negara (37) Menjelang 2020 (151) Nasional (118) Politik (43) Teknologi (5) Ulasan (1) Wawasan 2020 (6)

Arkib Blog

Statistik Blog

MFM4URMIND © 2014 #MYTKkidFELLA

Kembali Keatas